6 DUNIA TEMPAT BERPENAT , AKHIRAT TEMPAT BEREHAT

Terkadang waktu belajar ni , kita mesti ada rasa malas hingga hampir berputus asa . Tapi mengenangkan pengorbanan ibu dan ayah , terpaksa lah dicampak rasa malas tu jauh-jauh. Selalu ingat , dunia ni memang tempat kita berpenat dan nanti percayalah kita akan ada satu rehat yang panjang di alam yang kekal . Belajar ni juga satu ibadah andainya kita niat kerana Dia . Percaya lah usaha kita nanti akan terbalas 😇

4 Paksa Diri

Assalamualaikum ,

  Al-Mathurat , Dhuha , Al-Mulk .

3 perkara ni memang menjadi rutin biasa kalau duduk kat asrama kan . Hmm . Tapi kalau kat rumah macam mana ye ? Mesti rasa malas nak buat benda ni sebab kat asrama kita ada kawan kawan kan .

Okay . First of all , kita kena tanya diri kita , kenapa ye kena buat benda ni ? Kalau tinggal bukan dosa pun kan . Ye memang betul . Tapi kan cuba kita tanya diri kita balik , kenapa kita boleh habiskan masa kita dengan marathon drama or whatever so on benda lain yang lagho tu. Tapi tak boleh nak buat amalan yang baik sedangkan perkara macam tu lahh yang jadi bekal untuk kita di kehidupan yang baqa' . Dunia ni sementara je kan . Jadi tak salah kalau kita buat sesuatu yang baik untuk bekal kita untuk kehidupan yang hakiki nanti .

Serius laa , untuk buat benda baik ni kita memang kena PAKSA DIRI . Kuat untuk fight dengan nafsu . Macam mana ? Fikir yang hidup ni tak lama dan benda yang baik ni akan bawa pulangan yang kekal kat sana nanti . Moga syurga milik kita semua ya . Aamiin

Thank you .

Comments