6 DUNIA TEMPAT BERPENAT , AKHIRAT TEMPAT BEREHAT

Terkadang waktu belajar ni , kita mesti ada rasa malas hingga hampir berputus asa . Tapi mengenangkan pengorbanan ibu dan ayah , terpaksa lah dicampak rasa malas tu jauh-jauh. Selalu ingat , dunia ni memang tempat kita berpenat dan nanti percayalah kita akan ada satu rehat yang panjang di alam yang kekal . Belajar ni juga satu ibadah andainya kita niat kerana Dia . Percaya lah usaha kita nanti akan terbalas 😇

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Assalamualaikum .

Memandangkan kelmarin cik tulip baru hadirkan diri ke ukcg , jadi nak cerita lah sikit pengalaman untuk rakan rakan yang nak pergi untuk hari yang seterusnya dan adik adik generasi akan datang .




Jadi bila sampai sana kita kena daftar la dulu , bawa bersama dokumen asal kad pengenalan , sijil lahir ,surat panggilan, surat akuan calon dan slip kehadiran . Then , waktu daftar dia akan bagitau masa untuk ujian kecergasan fizikal (ukf) , cik tulip dapat pukul 11.15 pagi . okay jugak dapat masa tu sebab boleh relaks2 dulu .

Perkara pertama adalah kita selesaikan ujian bertulis which is ujian tu takde pasal apa apa pengetahuan am pun cuma tentang personaliti kita . Seelok-eloknya jawablah dengan jujur .
Soala terbahagi kepada dua bahagian . A dan B . A 120 soalan kena jawab dalam masa 30 minit dan B 60 soalan jawab dalam masa 15 minit . Memang tak boleh fikir lama lama . Jawab je sebab nanti tak sempat nak habiskan . sobsss . Haa jangan lupa bawa pensel 2B dan pemadam sebab nanti kena lorek dekat kertas OMR .

Setelah 45 minit berlalu , maka berakhirlah ujian tu dan cik tulip pun turun makan . Lepas makan cik tulip lepak dekat bilik mak ngah . Dia pembantu makmal kat ipg Ipoh tu . Setelah menyejukkan badan kini cik tulip dah bersedia untuk ukf .

Mula-mula , kita ukur tinggi dan timbang berat untuk kira bmi . Lepas tu abe kakak ipg tu bagi laa serba ringkas taklimat macam mana nak buat ukf nanti . Next , kita warming up dulu . Time ni je panas lepas tu masuk dewan aircond .

Antara ujian yang perlu dibuat ialah jangkauan melunjur , tekan tubi tanpa henti , bangun tubi , dan bleep test .

Overall bagi cik tulip yang tekan tubi dengan jangkauan melunjur okay je laa . Tapi untuk bangkit tubi ada 5 variasi . tangan sentuh lutut , siku sentuh lutut , tangan pada dada , tangan pada kepala dan tangan sentuh belakang . sambil buat tangan tu kita up laa . Jadi num 4 dan 5 agak susah tapi try laa selagi boleh . Bleep test pulak , bagi yang memang atlet mungkin tiada masalah . Untuk perempuan kebanyakan dh out dekat level 2 , paling tinggi pun sorang je level 4 waktu cik tulip punya sesi laa . Tapi memang tak ramai pun akan sampai level 4 . Yang penting kita buat sehabis baik , dan doalah banyak banyak ye .

Jadi untuk adik adik yang memang nak jadi cikgu , try lahh kuruskan badan dari awal untuk dapat bmi yang normal . Kalau cik tulip dapat untuk temuduga cik tulip story lagi .

Thank you .

Comments

Post a Comment